MATLAMAT PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

 MATLAMAT PENDIDIKAN

 

Matlamat Pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berahklak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, berpegang teguh kepada agama dan dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan negara.

Rakyat berilmu pengetahuan membawa maksud rakyat yang suka membaca bahan-bahan bacaan  yang berguna dan hasil daripada bacaan tersebut, mereka dapat memanfaatkan dan berkongsi ilmu tersebut bersama orang sekelilingnya. Hal ini dapat menjadikan individu tersebut berfikiran secara luas dan terbuka dalam mengambil setiap keputusannya dengan matang.

Rakyat berahklak mulia pula membawa maksud rakyat yang tahu membezakan diantara  perkara yang buruk dan baik serta boleh menyedari kesan daripada melakukan perkara-perkara tersebut dengan menghayati nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.

Rakyat bertanggungjawab pula membawa maksud rakyat yang tahu akan tugas-tugas yang perlu dilaksanakannya dan mesti dilakukan dengan sempurna iaitu dengan bersih, cekap dan amanah. Hal ini dapat melahirkan rakyat yang sentiasa komited dalam melakukan setiap tugasannya.

Rakyat berketerampilan bermaksud rakyat yang mempunyai kemahiran yang sesuai dengan pelaksanaan tugasnya dan dapat menyiapkan tugasnya dengan sempurna.

Rakyat yang berpegang teguh kepada agama pula membawa maksud rakyat yang mempercayai bahwa manusia dan alam ini dijadikan oleh pencipta dan juga menyedari bahawa manusia itu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap perbuatan yang dilakukan oleh dirinya sendiri.




 

 

 

PERUBAHAN KURIKULUM DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

 

Kini, sistem Pendidikan di dalam negara kita perlu diperkemaskan dalam memajukan negara. Oleh hal yang demikian, kurikulum perlulah sentiasa dikemas kinikan supaya negara kita dapat melahirkan mahasiswa-mahasiswa yang berpotensi tinggi dan berkolehan.

Perubahan kurikulum dalam perkembangan Pendidikan di Malaysia berlaku disebabkan oleh faktor Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Berikut merupakan antara bahagian-bahagian yang ada di dalam FPK:

Kurikulum kebangsaan iaitu suatu program Pendidikan yang merangkumi kurikulum dan kegiatan kokurikulum dalam menyampaikan semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Kurikulum sekolah pula merupakan pengetahuan atau mata pelajaran yang mesti diambil oleh setiap murid di sekolah. Kurikulum sekolah pula terpecah kepada dua bahagian iaitu :

    1. Bahagian yang dijalankan semasa di dalam bilik darjah iaitu proses pengajaran dan pembelajaran (PDP).

    2.  Bahagian yang dijalankan di luar bilik darjah iaitu seperti kegiatan kokurikulum iaitu badan beruniform, kelab , persatuan dan lain-lain.

Kurikulum rasmi ataupun kurikulum nyata pula ialah kurikulum yang dibuat oleh pakar-pakar kurikulum di Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara 2 contoh kurikulum rasmi di Malaysia ialah KBSR dan KBSM. Kedua-dua kurikulum rasmi ini mempunyai aspek-aspek seperti ilmu pengetahuan, kemahiran dan unsur-unsur kebudayaan yang terdapat di dalam masyarakat di Malaysia.

Kokurikulum  pula ialah aktiviti kokurikulu. Ia merupakan salah satu komponen yang wajib di dalam kurikulum kebangsaan kerana KPM telah mewajibkan setiap pelajar untuk menganggotai satu kelab, persatuan, permainan dan unit beruniform.

Kurikulum tersembunyi ataupun dikenali sebagai kurikulum yang tidak nyata pula ialah kurikulum yang meliputi semua pengalaman yang didapatkan oleh seseorang individu tersebut secara tidak formal. Kurikulum tersembunyi meliputi pembelajaran yang didapatkan melalui peniruan tingkah laku guru-guru semasa di sekolah, mata pelajaran, undang-undang sekolah dan aktiviti-aktiviti sekolah.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejenak Bersama Penulis