KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN KE ARAH MENTERJEMAHKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Program pendidikan yang melibatkan kurikulum dan juga aktiviti kokurikulum dikenali sebagai kurikulum kebangsaan. Kurikulum ini juga termasuk semua pengetahuan, kemahiran, norma hidup, nilai-nilai murni, unsur budaya dan kepercayaan untuk membantu pelajar mendapat perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani yang menyeluruh serta menyemai nilai moral ideal dan menyampaikan ilmu kepadanya.
Terdapat tiga jenis kurikulum standard yang utama iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Pendidikan Khas.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan(KSPK)
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan merupakan pendidikan awal yang memberi pengalaman yang penting dalam dunia pendidikan kanak-kanak. KSPK dibina bagi kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. KSPK juga dibina berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP) iaitu mengandungi standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi. Pendidikan dan pengalaman pembelajaran prasekolah yang efektif, bermakna dan menyenangkan dapat membekalkan kanak-kanak yang memiliki pelbagai kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk menjejak ke bidang pendidikan sekolah formal dan pendidikan sepanjang hayat. Kurikulum ini dibina berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian serta Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi.
Tunjang Komunikasi
Tunjang Komunikasi memberi fokus terhadap kemahiran bertutur dan mendengar. Tunjang ini wajib dipraktikkan oleh semua murid prasekolah kerana ia terdapat disiplin ilmu linguistik iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan di China dan India mesti mempelajari Bahasa Cina atau Bahasa Tamil.
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Tunjang ini berkaitan teori dukungan kerohanian, sikap dan nilai mengutamakan aspek praktik keagamaan, keyakinan, sikap dan nilai. Tunjang ini mempunyai ilmu disiplin tentang Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh kanak-kanak Muslim, dan pendidikan Moral dipelajari oleh kanak-kanak bukan Muslim. Kanak-kanak dapat mempelajari cara menghormati kepercayaan agama sendiri, kepercayaan agama kaum lain, setiap lingkungan masyarakat.
Tunjang Kemanusiaan
Pengamalan semangat patriotisme dan perpaduan dikaitkan dalam tunjang ini. Kanak-kanak dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain tanpa mengira kaum, Bukan itu sahaja, kanak-kanak dapat ditekankan pada penguasaan pengetahuan, amalan kemasyarakatan dan lingkungan setempat.
Tunjang Keterampilan Diri
Tunjang ini menekankan perkembangan sosial dan emosi serta memupuk kemahiran berinteraksi dalam kalangan murid. Melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum dijalankan, kanak-kanak dapat membina sahsiah diri yang unggul dan memupuk keberanian.
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Tunjang ini berkaitan dengan perkembangan jasmani dan kesihatan. Hal ini dapat dikembang melalui aktiviti kokurikulum dijalankan supaya dapat mencerdaskan minda seperti berfikiran kreatif serta dapat memupuk bakatnya. Kesihatan kanak-kanak juga dapat dijaga.
Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang ini menekan ilmu Sains Awal dan kemahiran. Bukan itu sahaja, ilmu Sains Awal dan Matematik Awal merupakan disiplin ilmu yang terdapat dalam tunjang Sains dan Teknologi ini.
Untuk mendapatkan info yang lebih lanjut berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) berdasarkan tunjang-tunjang di atas bagi KSPK :
https://gurubesar.my/wp-content/uploads/2018/12/01-DSKP-KSPK-SEMAKAN-2017.pdf
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah digantikan kepada KSSR mulai dilaksanakan secara bertahap mulai tahun 2011. KSSR juga dibina berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP) iaitu mengandungi standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi. Kurikulum ini ingin mengatur semula dan meningkatkan kurikulum yang ada untuk memastikan bahawa murid-murid memiliki pengetahuan, keterampilan, dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa terkini dan menghadapi kekangan abad ke-21. Hal ini juga dapat memastikan sistem pelajaran Malaysia adalah setanding dengan piawaian antarabangsa. Empat kemahiran utama telah ditekankan dalam tahap ini iaitu membaca, menulis, mengira, dan menaakul. Selain itu, KSSR berasaskan standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi. Dalam KSSR ini, terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2. Tahap 1 terdiri daripada murid-murid dari tahun 1 hingga tahun 3. Kemahiran menaakul adalah kemampuan untuk membuat peninjauan dan penilaian menggunakan akal atau logical yang dipandu oleh keyakinan, agama serta nilai-nilai murni. Antara subjek yang terdapat dalam KSSR untuk murid-murid tahap 1 ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Matematk, Sains, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik, Kajian Tempatan dan sebagainya. Tahap 2 pula terdiri daripada kanak-kanak tahun 4 hingga murid-murid tahun 6. Tahap ini menekankan penguasaan kemahiran yang lebih mencabar, penerapan ilmu dan perkembangan sahsiah. Penekanan konsep KBAT juga diadakan melalui penyataan secara eksplisit dalam dokumen kurikulum semua subjek untuk membolehkan murid-murid menguasai dan mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi. Subjek yang terkandung adalah sama seperti subjek untuk murid-murid tahap 1. Menurut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), terdapat contoh standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi bagi mata pelajaran bahasa Melayu terutamanya bagi murid tahun 6 (Sekolah Kebangsaan) di dalam link tersebut.
http://online.anyflip.com/ugmnj/nxbk/mobile/index.html
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
Pelaksanaan KSSM telah diputuskan secara berperingkat-peringkat bermula dengan pelajar Tingkatan Satu melalui mesyuarat Jawatan Perancangan Pendidikan (JPP) kali ke-196 pada 18 Januari 2012. KSSM telah digantikan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 2017 untuk mencapai hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mengembangkan aspirasi pelajar untuk memenuhi keperluan negara. KSSM terbahagi kepada dua tahap iaitu menengah rendah dan menengah atas. Pelajar tahap menengah rendah terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Antara jenis mata pelajaran yang terdiri ialah mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu,; Bahasa Inggeris; Sejarah; Sains; Matematik; Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam, mata pelajaran wajib seperti Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta Geografi, dan akhirnya ialah mata pelajaran tambahan seperti bahasa ibunda. Di samping itu, pelajar tahap menengah atas pula terdiri daripada tingkatan 4 dan 5. Antara mata pelajaran yang dikuasai oleh pelajar tersebut ialah mata pelajaran teras iaitu sama dengan mata pelajaran teras menengah rendah, mata pelajaran elektif seperti elektif Bahasa; elektif Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM); elektif Kemanusiaan dan Sastera serta mata pelajaran wajib seperti Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Dengan ini, etika dan kerohanian dalam diri setiap dapat diterapkan melalui pelaksanaa KSSM sebagai persediaan bagi menghadapai kekangan kehidupan pada masa hadapan. Penggubalan KSSM juga boleh dapat memanfaatkan dalam penyelesaian konflik secara harmoni, membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip serta berani membuat sesuatu perkara yang betul. KSSM juga digubal berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP) iaitu mempunyai standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi.
Untuk mendapatkan info
yang lanjut berkaitan dengan DSKP KSSM terutamanya bagi mata pelajaran Matematik murid tingkatan 3
boleh layari link di bawah :
https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2018/12/DSKP-KSSM-Tingkatan-3-Matematik.pdf
Pelaksanaan kurikulum di sekolah rendah dan sekolah menengah semasa penularan wabak Covid-19
Semasa penularan wabak COVID-19, konsep pengajaran dan pembelajaran telah berubah iaitu proses Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan secara maya. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) seperti dalam anjakan pertama dan anjakan ketujuh iaitu “Menyediakan kesamarataan akses kepada Pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.” serta “Memanfaatkan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Sebagai contoh, satu platform pendidikan iaitu Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal ini bertujuan bagi membantu para guru dalam penyampaian pengajaran dengan menyediakan pautan link kepada Google Classroom, Microsoft Teams, Buku Teks Digital, EduwebTV, CikgooTube, aplikasi pembelajaran dan pautan aplikasi gamifikasi yang dapat membantu Pelaksanaan Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc). Pembelajaran melalui talian telah mendedahkan pelajar kepada pelbagai teknologi terkini yang mempunyai banyak faedah, termasuk pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga dapat menjalankan proses pengajaran dengan lebih kreatif dan inovatif. Proses pengajaran dan pembelajaran dibenarkan dijalankan di rumah, pusat komuniti atau lokasi lain yang sesuai mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Malangnya, sesetengah pelajar juga telah menghadapi cabaran melalui pembelajaran secara maya seperti pencapaian internet yang kurang baik serta kekurangan peranti di rumah.
Selain itu, konsep pengajaran dan pembelajaran telah berubah lagi iaitu mulai 3 Oktober 2021, pembukaan sekolah secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara. Umpamanya, Kehadiran murid ke kelas telah dihadkan kepada 50%. Bilangan murid di dalam kelas juga telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Bagi Fasa 1, semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah dikehendaki belajar melalui pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Bagi pembukaan sekolah rendah Fasa 2, semua pelajar dikehendaki belajar melalui Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kecuali murid berkeperluan khas di Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) perlu hadir ke sekolah tanpa penggiliran. Bagi pembukaan sekolah menengah Fasa 2, semua murid dikehendaki belajar melalui pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kecuali murid Tingkatan 6 Sem 2, International Baccalaureate Diploma (IBD) Tahun 2, Program Pra Universiti Sem 3 di Sekolah Sukan Malaysia, murid berkeperluan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) atau Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan murid kelas peperiksaan antarabangsa dikehendaki hadir tanpa penggiliran. Bagi pembukaan sekolah rendah Fasa 3, semua pelajar dikehendaki belajar melalui pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kecuali murid prasekolah atau tadika swasta, murid berkeperluan khas di Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) hadir tanpa penggiliran. Bagi pembukaan sekolah menengah Fasa 3, semua pelajar dikehendaki belajar melalui pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kecuali murid Tingkatan 6 Sem 2, International Baccalaureate Diploma (IBD) Tahun 2, Program Pra Universiti Sem 3 di Sekolah Sukan Malaysia, murid berkeperluan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) atau Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), murid kelas peperiksaan antarabangsa dan murid Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia serta murid kelas peperiksaan awam di sekolah asrama sepenuh dikehendaki hadir ke sekolah tanpa penggiliran tetapi dan murid kelas peperiksaan antarabangsa yang lain dan murid kelas peperiksaan awam di sekolah harian atau swasta dikehendaki hadir secara penggiliran.
Bagi Fasa 4 Pembukaan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah,
Pelaksanaan kokurikulum di sekolah rendah dan sekolah menengah
Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang terdiri sebahagian daripada kurikulum di setiap sekolah. Kegiatan Kokurikulum merupakan satu aktiviti yang dilaksanakan di dalam atau di luar bilik darjah mengikut kesesuaian aktiviti yang dijalankan serta setiap murid perlu mengambil bahagian dalam kegiatan tersebut. Pihak sekolah perlu melantik guru penasihat bagi setiap aktiviti kokurikulum untuk menjalankan tugasan dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan peruntukan yang sedia ada. Pelaksanaan kokurikulum diwajibkan di setiap sekolah untuk menyediakan, ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum untuk membantu murid atau pelajar mengikuti dan mengalami alam persekolahan dalam keadaan selesa dan selamat dengan pewujudan iklim, budaya serta persekitaran sekolah yang kondusif dan ceria. Selain itu, Tujuan pelaksanaan kokurikulum adalah untuk mempelbagaikan pengalaman pembelajaran dan persekolahan murid atau pelajar dalam usaha untuk menambahkan dan memantapkan lagi perjalanan kurikulum akademik. Bukan itu sahaja, penekanan ilmu dan kemahiran baharu serta penerapan sikap positif dan nilai-nilai murni juga dapat ditekankan melalui kegiatan kokurikulum. Antara jenis aktiviti kokurikulum ialah aktiviti kokurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.
Badan beruniform terdiri daripada Kadet Polis, Kadet Bomba, Pengakap, St.John Ambulance, Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya. Selanjutnya, kelab dan persatuan terdiri daripada Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Bahasa Cina, Persatuan Bahasa Tamil, Kelab Komputer, Kelab Reka Cipta dan sebagainya. Seterusnya, sukan dan permainan pula terdiri daripada Bola Tampar, Bola Jaring, Ping-Pong, Badminton, Bola Sepak dan sebagainya.
Pada tahun 2021, semasa penularan wabak Covid-19, aktiviti kokurikulum turut dilaksanakan melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) iaitu membentangkan tayangan video daripada Youtube atau koleksi rakaman guru yang berkaitan tentang aktiviti kokurikulum. Selain itu, guru juga perlu mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kreatif supaya komitmen pelajar dapat diteruskan serta mencapai tujuan pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Walau bagaimanapun, selepas pembukaan sekolah bulan Oktober 2021, kegiatan kokurikulum telah pun ditangguhkan kerana kesihatan dan keselamatan murid-murid amat ditumpukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kurikulum bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK)
Dalam setiap standard kurikulum iaitu KSPK, KSSR dan KSSM, terdapat ruang dan peluang untuk murid berkeperluan khas (MBK). Perkara ini sangat memberi manfaat kepada murid berkeperluan khas (MBK). Dalam KSPK Pendidikan Khas yang berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), para guru boleh mengenal pasti tahap serta perbezaan pembelajaran murid agar penyediaan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan bagi memenuhi keperluan mereka. Selain itu, guru-guru juga boleh menyediakan portfolio bagi hasil kerja dapat dikumpul dan perkembangan serta pembelajaran murid dapat direkodkan. Di samping itu, para guru boleh menambahkan berbagai-bagai kandungan dan aktiviti pembelajaran agar proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan secara berkesan. Akhirnya, guru juga boleh mengubah suai bahan bantu belajar berdasarkan kehendak murid. Kurikulum ini juga dibina berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian serta Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) dibina berasaskan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu berdasarkan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, pembangunan insan dengan menyeluruh, peluang pendidikan serta kualiti Pendidikan yang sama bagi semua murid. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas juga mengandungi tiga standard iaitu standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi. Tamsilnya, dalam komponen Matematik, terdapat standard kandungan iaitu duit Malaysia (duit syiling). Standard pembelajaran ialah murid berupaya menamakan serta mengecam duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Standard prestasinya ialah murid dapat memberi respons pada perkara yang berkaitan dengan duit Malaysia pada tahap 1, murid perlu menyatakan mengenai duit syiling dengan menggunakan bahan bantu belajar pada tahap 2, murid patut mengecam dan menamakan duit syiling pada tahap 3, murid harus mengecam dan menamakan duit-duit syiling dengan betul pada tahap 4, murid hendaklah memberi perbezaan antara duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dengan betul serta yakin pada tahap 5 dan akhirnya ialah murid dikehendaki memberi penerangan tentang perbezaan dan persamaan duit-duit syiling Malaysia secara kreatif serta boleh dicontohi pada tahap 6. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas pula bersifat holistik iaitu kurikulum tersebut tidak terlalu akademik serta tidak memberi beban kepada murid dan berdasarkan dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) yang berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) pula bertujuan memberi pendidikan yang berkualiti kepada semua murid dengan keperluan khas bagi mewujudkan individu yang berdikari, berjaya dalam kehidupan serta sanggup memberi sumbangan yang berbakti kepada masyarakat dan negara. Antara mata pelajaran yang terkandung dalam KSSM Pendidikan Khas untuk Murid Berkeperluan Khas ialah mata pelajaran teras dan kemahiran. Antara subjek teras yang perlu dipelajari ialah subjek Pengurusan Kehidupan seperti Kemahiran Manipulatif dan Pengurusan Diri; Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Matematik; Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar; Pendidikan Moral; Pendidikan Islam; Pendidikan Jasmani dan Kesihatan; Pendidikan Seni Visual serta Pendidikan Muzik. Subjek Kemahiran pula terdapat asas masakan, asas jahitan, kraf seperti seni kraf anyaman dan seni kraf manik, asas pertanian seperti perkebunan, mencuci kenderaan dan sebagainya.
Untuk mendapatkan info yang lebih lanjut berkaitan tentang DSKP KSPK Pendidikan Khas yang berdasarkan 6 Tunjang :
https://online.anyflip.com/xuglx/wspj/mobile/index.html
Untuk mendapatkan info yang lebih lanjut berkaitan tentang DSKP KSSRPK Tahun 1 Asas 3M, pendidikan Islam, pendidikan Jasmani, pendidikan Moral, pendidikan Seni dan Pengurusan Kehidupan :
https://drive.google.com/drive/folders/1BsLkH4em36tFwKrR--ztw-nEDzjE2nM3
Untuk mendapatkan info yang lebih lanjut berkaitan tentang DSKP KSSMPK Tingkatan 4 dan 5 bagi Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar, boleh melayari pautan di bawah :
https://drive.google.com/file/d/108SCjWl1RfqFbiROwig11bKRdXX3R5Uj/view?usp=drivesdk
Semasa negara melanda dengan penularan wabak Covid-19, para guru dan murid-murid menghadapi pelbagai cabaran tetapi program khas turut diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada kumpulan pelajar murid berkeperluan khas (MBK) yang sedang menjalani PdPR. Pelaksanaan dasar dan rancangan pendidikan khas ini juga terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 dan Akta OKU 2008 yang menyatakan murid berkeperluan khas (MBK) akan mendapat pendidikan sama rata dengan pelajar arus perdana. Dengan ini, guru juga perlu menggunakan teknik dan gaya belajar berkonsepkan Visual, Auditori dan Kinestetik (VAK) yang menyebabkan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan deria penglihatan (visual), mendengar (auditori) dan gerakan (kinestetik). Tamsilnya, kaedah pengajaran serta pembelajaran boleh digunakan oleh guru secara visual dapat diaplikasi dengan media interaktif yang menarik supaya dapat tertarik dengan kaedah tersebut. Selain itu, guru boleh menggunakan kaedah pengajaran serta pembelajaran secara auditori iaitu bahan bantu mengajar dengan menggunakan imej dan suara jelas diperlukan agar murid berpendidikan khas dapat menerima maklumat yang mudah difahami serta diingati dalam jangka masa yang panjang. Akhirnya ialah pengajaran kinestetik memerlukan murid berkeperluan khas mengadakan secara langsung dan memiliki pengalaman pembelajaran yang melibatkan pergerakan fizikal seperti guru yang mengajar mereka boleh menjalankan pengajaran berkaitan mata pra-vokasional iaitu jahitan dan masakan.
Kesimpulannya, kita dapat lihat bahawa setiap jenis kurikulum iaitu Kurikulum Sekolah Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Kurikulum Standard Sekolah Melaka, Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas ialah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Kurikulum ini juga menterjemahkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu dengan melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, memperayai dan patuh kepada Tuhan, memupuk di kalangan rakyat berbilang kaum, memiliki sasiah yang seimbang dan sepadu serta bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Bukan itu sahaja, kurikulum ini juga dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Walaupun terdapat kekangan seperti wabak Covid-19, tetapi kurikulum tetap dijalankan dengan sempurna mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
RUJUKAN
View of cabaran guru Dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PDPR): Suatu Pemerhatian Awal. (n.d.). Retrieved January 4, 2022, from https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/854/652
Yasim, D. M. M. (2021, August 3). Aktiviti Kokurikulum Masih Relevan seiring PDPR. Berita Harian. Retrieved January 4, 2022, from https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/08/846454/aktiviti-kokurikulum-masih-relevan-seiring-pdpr
Prasekolah, Tabika Dibuka Semula 1 julai. Malaysiakini. (2020, June 15). Retrieved January 4, 2022, from https://www.malaysiakini.com/news/530284


Ulasan
Catat Ulasan