Sejenak Bersama Penulis

  Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera buat pembaca yang dikasihi. Selamat datang diucapkan kepada kalian yang baru sahaja melawat blog ini. Kami, penulis blog ini merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik berkeperluan membuat blog bagi membincangkan dengan lebih mendalam mengenai Kurikulum Sebagai Wahana Menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, berdasarkan topik yang perlu diperincikan, setiap daripada kami akan menerangkan dengan lebih mendalam berdasarkan subtopik berikut:


Nama: Aftah Munir Bin Zulkifli

Matrik no : D20211099410

Subtopik: Matlamat Pendidikan dan Perubahan Kurikulum dalam Perkembangan Pendidikan di Malaysia



Nama: Hanis Damia Binti Hazaiyudi

Matrik no : D20211099411

Subtopik: Analisis Perubahan Sistem Pendidikan untuk Mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)




Nama: Sharmila A/P Ganesan

Matrik no : D20211099412

Subtopik: Kurikulum Standard Kebangsaan ke arah menterjemah Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)



Nama: Khairul Haziq Bin Mohd Kamal

Matrik no : D20211099413

Subtopik: Peranan Kurikulum Tidak Formal ke arah mencapai Matlamat Pendidikan Malaysia

Tidak dilupa setinggi-tinggi penghargaan buat pensyarah kami, Puan Azlina Binti Ahmad yang sangat komited dan berdedikasi dalam memastikan penghasilan blog ini diperincikan dengan jayanya, disamping memberi idea yang bernas dan banyak nasihat kepada kami untuk menambah baik pengisian blog kami dari masa ke masa.

Kami sebagai penulis berharap apa yang kami kongsikan ini bakal memberi sedikit sebanyak pencerahan dan manfaat kepada kalian yang melawati blog ini. Semoga kalian akan sukses selalu dan dipermudahkan urusan.

Selamat membaca!

Ulasan